Wednesday, November 18, 2009
AKU MENULIS
A MI HERMANO MENOR : SUERTE POR SPM!!
Seorang adik aku yang bernama Ahmad Asyraff, menduduki SPM hari ini..Tak sangka beliau da nak habis skolah..Sebab kali terakhir aku ingat, dia duk dalam buaian lagi..Hahaha..Tipoo saja..Kali terakhir aku ingat, die drive kete bapakku g anta aku kat Putra..
Saturday, November 14, 2009
RESUME~~ADE KAITAN
MODE : tak cukup tido
Aku kembali menaip!! Kehidupan kini menjadi kurang teratur kerana aku perlu mengikuti beberapa aktiviti. Manusia merancang, Tuhan juga merancang, dan Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Aku sebagai seorang pelajar UMT, perlu menjalani aktiviti tersebut secara konsisten.
Bermula 10 November, aku menghadiri kursus .NET 2.0 yang bakal membawa aku ke depan, kalau aku lulus. Aku mahukan kelulusan!! Tapi aritu belum start lagi pembelajaran .NET, yang diajar ialah soft skill. Oleh itu, aku dimantapkan dengan soft skill. Pada 12 November, pembelajaran soft skill telah bermula. Seorang trainer iaitu Encik Michael Manasan yang mengendalikan kelas..Pembelajaran beliau yang seperti kereta api Jepun telah menyebabkan aku tak dapat mengejar, kerana aku hanya menggunakan kereta sorong..Hahah..Beliau mengajar dengan begitu laju, dan aku hanya mendengar bunyi sahaja, bukan ayat-ayat percakapan..
Pada 12 November jugak, aku perlu menghadiri kusus yang aku tatau nak sebut apekah namanya. Dengan penat yang masih belum habis, aku tabahkan hati aku untuk bergerak ke Sutra Beach Resort n Spa untuk menjalani kursus tersebut yang berlangsung selama 3 hari. Sesampai sahaja di sana, aku berlegar-legar di lobi kerana belum mendapat apa-apa arahan. Kemudian, aku menerima berita yang sangat dahsyat..Sehingga menjatuhkan meter mood aku ke tahap negatif. Aku terasa nak menyembelih seseorang pada hari tersebut, tapi aku tau bahawa makruh apabila perempuan melakukan sembelihan. Jadi aku batalkan niat aku. Kami tidak dapat bermalam di situ, kerana terdapat masalah. Banyangkan, dah bekejar dari pagi untuk pegi kusus .NET sehingga terpaksa membawa beg bersama, kemudian belajar dengan kelajuan tahap kereta api Jepun, dan naik bas bertolak ke sana dengan beg yang besar dan berat, sampai je kat sana, kami tak dapat tidur sana. Punyala aku hangin mase tu. Kami perlu ulang alik dari UMT ke Sutra. Hahaha..Sudah pasti la aku terasa malas.
Mula2 ingat da taknak datang, tapi Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku. Aku pergi jua, ulang-alik naik bas, pergi pagi balik malam. Aku duduk di ostel, dan masih tak balik umah..Bayangkan aku yang jahat dan malas ni telah melakukan pengorbanan kepada UMT..Hahaha!!!
Berhenti mengejut~~












